Friday, October 05, 2007

Mengenal Diri Dan Wali Allah

PENGUMUMAN TERKINI :

OLEH KERANA TERDAPAT BEBERAPA PERMINTAAN, MAKA BUKU INI DIJUAL SECARA ONLINE DI BLOG INI.

KEPADA YANG INGIN MEMBUAT PESANAN PEMBELIAN SILA TINGGALKAN NAMA, NO TELEFON & E-MAIL DI RUANGAN KOMEN. (JANGAN BIMBANG SEGALA MAKLUMAT TIDAK DIDEDAHKAN DAN TIADA SEBARANG UNSUR PENIPUAN). TQ. Wassalam.

HARGA : RM8.50 (TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN)
STOK TERHAD~!!!




ini adalah salah satu koleksi buku kegemaran Mr. Moderator secara peribadi. kiranya termasuk dalam 10 ranking buku terbaik yang pernah dibaca didalam hidupnya setakat ini. buku ini walaupun nipis (buat apa tulis buku tebal-tebal kalau sepatah haram pun pembaca tak faham apa yang ditulis) namun penulisnya Ustaz Mustapha Mohamed Al-Jiasi Al-Ahmadi telah berjaya mengupas persoalan dan tuduhan melampau puak ekstremis kepada golongan sufi dan tarekat. selaku Sheikh Tarekat Ahmadiah, penulis dengan begitu bersahaja tanpa tergocoh-gacah menangkis segala tuduhan dan fitnah yang tidak berasas terhadap jemaah tarekat sufi...
buku ini berharga RM8.50 (sudah cukup murah!) dan diterbitkan oleh Pustaka Aman Press sdn. bhd.
Buku ini memang sesuai bagi mereka yang baru ingin melibatkan diri dalam jemaah tarekat sufi dan ingin mengenal diri dan mendekatkan diri kepada Allah swt secara tulus ikhlas agar segala persoalan terlerai dengan sendirinya...

7 comments:

ibnu abdullah said...

Assalammualaikum..

Setahu saya Ustaz Mustapha Mohamed Al-Jiasi bukanlah sheikh thariqat Ahmadiah, di akhir 90an dan awal 2000, di negeri Kelantan terdapat 2 atau 3 pusat pengajian pondok yang mengamalkan Thariqat Ahmadiah, 1. Kg Pek Machang oleh Allahyarham Pak Da Awang iaitu anak murid Allahyarham Tuan Guru Hj Daud Bukit Abal, 2. Di Bukit Abal Pasir Puteh yang diKetuai oleh anak Allahyarham Tuan Guru Hj Daud Bukit Abal, 3. Yang ketiga ini saya kurang jelas yang mana saya pernah bertemu dengan seseorang pelajar pondok yang mengakui beliau adalah murid kepada Ustaz Uthman El-Muhammadi yang juga mengamalkan Thariqat Ahmadiah, dan dari apa yang saya ketahui ketiga-tiga orang ini adalah satu perguruan mempelajari Tasawwuf dan menerima Thariqat Ahmadiah dari Tuan Guru Hj Daud Bukit Abal. Allahyarham Tuan Guru Pak Da Awang dimasa beliau masih sihat dan kuat memang mengajarkan kitab Mengenal Diri Dan Wali Allah kepada anak-anak murid beliau di pondok Kg Pek Machang, dan sebelum Allahyarham meninggal dunia, Mustapha Mohamed Al-Jiasi ada mengunjungi beliau untuk beberapa kali dan berbai'ah kepada Allahyarham Tuan Guru Pak Da Awang.

Sekiranya adalah salah dan silap berkenaan fakta saya ini, harapnya sesiapa yg lebih mengetahui dapat memperbetulkan kesilapan saya..

Terima Kasih

zizie said...

salam tuk saudara...saya berminat tuk mendalami ilmu hakikat ini..tp saya tak tau mcm mana nk dapatkan buku2 mengenai ilmu ini..bolehkah bantu saya..trima kasih..as'kum.

ARazak said...

bila mencari ilmu ini hendaklah kita berguru kepada Guru yang mursyid jika tidak Syaitan akan menjadi guru.

Anonymous said...

salam..

just to share..
ustaz mustapha sememang nya seorang syeikh tarikat ahmadiah,,
beliau murid kepada arwah hj daud bukit abal,,,
xperlu ragu,,
dan ramai lagi di kelantan syeikh tariqat ahmadiah yang sahih..

Anonymous said...

Assalamualaikum....Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah Taala kerana kita semua dianugerakannikmat Iman dan Islam.

Untuk makluman anda, bahawasanya anda mungkin sesekali tidak akan mengenali seseorang Mursyid sesebuah tarekat melainkan anda diberi petunjuk oleh Allah Taala. Ustaz Mustapha Mohamed Al-Jiasi adalah rahsia Allah Taala dan anda boleh mengenalinya setakat keizinan Allah Taala sahaja. Beliau adalah Syeikh Muallaf As Sufi Bagi Tarekat Ahmadiah dan kerana beliaulah terbitnya Kitab Karangan Arwah Tuan Guru Hj Daud Al-Libadi Bukit Abal bertajuk Risalah Tasauf. Beliaulah yang berusaha mengambil daripada Arwah Tuan Guru Hj Daud Al-Libadi Bukit Abal untuk mencetak serta menerbitkannya. ...dan lagi

Anonymous said...

dan lagi....disebutkan al kisah bahawa sekiranya Ustaz Mustapha Mohamad Al Jiasi Al Ahmadi tidak hadir pada hari kebiasaan Arwah Tuan Guru Hj Daud Al-Libadi Bukit Abal mengajar, maka Tok Guru Hj Daud 'cancel'kan mengajar pada hari tersebut. Walaupun ramai orang lain yang sudah hadir pada hari tersebut, terpaksalah balik ke rumah semula disebabkan ketidak hadiran Ustaz Mustapha Mohamad Al Jiasi Al Ahmadi. Ini menunjukkan betapa dimuliakan oleh Arwah Tuan Guru Hj Daud Al-Libadi Bukit Abal tersebut kepada Ustaz Mustapha Mohamad Al Jiasi Al Ahmadi... Harap Maklum...

assis said...

Salam. mohon bantu sya dimana sya bleh dptkan buku ini...berminat untuk membeli

assis_mar69@yahoo.com